Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Anugerah Tokoh Khas Hargai Sumbangan Muslimat

Anugerah Tokoh Khas Hargai Sumbangan Muslimat

241
SHARE

Anugerah Tokoh Khas Hargai Sumbangan Muslimat

Oleh : Amirah Abdullah

KUANTAN, 15 Jun – Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ini memperkenalkan 4 anugerah khas iaitu Anugerah Asma´ Abu Bakar, Anugerah Saidatina Khadijah, Anugerah Ummu Waraqah dan Anugerah Tokoh Perpaduan Ummah.

Tokoh Anugerah Saidatina Khadijah merupakan anugerah khas untuk muslimat dan dinobatkan kepada YB Siti Zailah Mohd Yusoff yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan.

Kredibiliti YB Siti Zailah Mohd Yusoff dalam menyumbang tenaga dan idea amat bermakna dan tidak dapat dinafikan lagi kesungguhan beliau yang sering turun padang mendekati masyarakat kat dan mendengar keluhan rakyat sama ada secara individu mahupun berjemaah. Sikap beliau ini mendatangkan kesan positif dan merupakan tambah nilai kepada Dewan Muslimat dan PAS sendiri.

Tokoh Anugerah Asma´ Abu Bakar pula khas untuk muslimat muda dan telah dinobatkan kepada Dr. Uyun Ab. Malek.

Beliau merupakan Pengarah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPM sejak tahun 2017 sehingga sekarang.

Sikap profesional beliau dalam mengendalikan tugasan jemaah di lapangan dan komited berkerjaya patut dicontohi oleh muslimat muda pada hari ini.

Memiliki kerjaya sebagai doktor pergigian tidak menghalang beliau untuk terus bergerak aktif menyumbang idea dan tenaga kepada jemaah.

Manakala Anugerah Tokoh Ummu Waraqah dinobatkan kepada Dr. Asiah Ali dan Anugerah Tokoh Perpaduan Ummah dinobatkan kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Anugerah Tokoh Perpaduan ini merupakan anugerah istimewa daripada DMPM untuk Tuan Guru Presiden yang banyak menyumbang kepada perjuangan PAS di persada antarabangsa.