Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Anugerah Ummu Waraqah : Penghargaan Istimewa kepada Muslimat Veteran

Anugerah Ummu Waraqah : Penghargaan Istimewa kepada Muslimat Veteran

195
SHARE

Anugerah Ummu Waraqah : Penghargaan Istimewa kepada Muslimat Veteran

Oleh : Amirah Abdullah

KUANTAN, 15 Jun – Anugerah Ummu Waraqah diperkenalkan oleh Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) sebagai tanda penghargaan atas sumbangan muslimat veteran dalam menjayakan agenda PAS.

Tokoh As-Sabiqat atau Anugerah Ummu Waraqah mengambil kira kriteria Muslimat As-Sabiqat yang berumur 60 tahun ke atas.

Anugerah khas ini dinobatkan kepada Dr. Asiah Ali. Beliau merupakan tokoh keilmuan yang banyak menyumbang terhadap gerak kerja PAS Pusat.

Selain itu, beliau juga merupakan bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan ahli jawatankuasa DMPM serta merupakan Ketua Pengarah ILHAM.

Pengalaman beliau bersama PAS serta sumbangan beliau untuk PAS dan Dewan Muslimat melayakkan beliau memperolehi Anugerah Ummu Waraqah ini.