Home Muktamar62 Artikel Aplikasi Touch n Get Bantu Kukuhkan Kefahaman Perlembagaan PAS

Aplikasi Touch n Get Bantu Kukuhkan Kefahaman Perlembagaan PAS

131
SHARE

 

KOTA BHARU – Setiausaha Agung (SUA) PAS, YB Dato Takiyuddin Hassan mengatakan hasrat PAS untuk menanam budaya “Membudayakan Perlembagaan PAS” kepada seluruh ahli PAS pada setiap peringkat.

Beliau menyeru setiap ahli hadam dan faham dengan sebenarnya perlembagaan yang dirangka oleh pimpinan dahulu supaya proses mengurus parti akan dilakukan dengan lebih baik.

“Perlembagaan PAS ini harus difahami oleh ahli PAS. Kami telah memudahkan anggota parti dengan membangunkan Aplikasi Touch n Get yang dibangunkan oleh Jabatan IT PAS Pusat supaya perlembagaan ini dapat dicapai walau ahli berada dimana jua”.

Dalam sesi pergulungan kali ini, SUA telah memberitahu beberapa perlembagaan berkenaan keahlian PAS.

Beliau turut menyentuh berkenaan aset PAS di setiap peringkat supaya dicatat dan diurus dengan baik.

“Kita arahkan semua peringkat parti yang mempunyai aset parti untuk masukkan semua aset tersebut dalam pendaftaran inventori asset pas”.