Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat APSA dan TASTI Aset Utama Muslimat PAS

APSA dan TASTI Aset Utama Muslimat PAS

3
0
SHARE

APSA dan TASTI Aset Utama Muslimat PAS

Oleh: Asmaa Yusof

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Muslimat PAS merasa cukup bertuah dengan perkembangan positif Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA) di seluruh negara, demikian jelas Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh.

Ulasnya, penubuhan cawangan-cawangan di Sabah (Tawau), Pahang, Perak, Selangor, Kedah dan Perlis berjalan dengan lancar.

Dalam masa yang sama, Ustazah Nuridah berkata APSA akan diperluaskan lagi di negeri-negeri lain terutamanya di zon Selatan dan Pantai Timur.

Tambahnya, selain penawaran Diploma Eksekutif Naqibat (DEN), APSA telah melangkah ke hadapan dengan penawaran program baru bagi memenuhi tuntutan misi DMPM dan keperluan masyarakat seperti Kursus Rawatan Syifa’, Kesihatan dan Urutan Saraf Wanita.

Memetik ucapan yang sama, beliau turut menyatakan bahawa kewujudan Taman Asuhan Tunas Insan (TASTI) di seluruh negara telah bertambah kepada lapan buah. Iaitu 3 di Kedah, sebuah masing-masing di Perlis, Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor dan Sabah.

“Kita mengharapkan pembukaan TASTI dengan modul pendidikan yang berteraskan al Asma’ al Husna mampu mengisi lompang kepincangan yang berlaku di pusat-pusat asuhan tajaan swasta pada hari ini.

“Semua produk DMPM yang telah dilancarkan dan sebahagiannya sudah bermula sebagai perintis di negeri-negeri, sangat memerlukan komitmen tinggi daripada tenaga pakar muslimat dalam bidang pendidikan kewanitaan, kekeluargaan dan pendidikan awal kanak-kanak mengikut perspektif Islam,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here