Home Muktamar60 Artikel APSA & MUSLIMAT

APSA & MUSLIMAT

100
SHARE

Menjawab persoalan akan peranan Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA), Ketua Pengarahnya Hjh Wan Hasrina bt Wan Hassan telah menegaskan bahawa antara misi APSA ialah untuk membangunkan pendidikan muslimah yang berkualiti melalui proses tarbiyyah secara professional dan tersusun.

APSA juga berperanan untuk menggerakkan tenaga muslimat khususnya untuk lebih mantap dalam kesepaduan ilmu.

APSA berperanan untuk meningkatkan kemahiran dan pengalaman yang bersesuaian dengan cabaran semasa, dan seterusnya menjadi penyumbang utama tenaga penggerak.

Hasrat APSA adalah untuk menjadi sebuah institusi yang mampu membangunkan keupayaan kepimpinan muslimah berteraskan pembudayaan Ilmu.

APSA mempunyai modul latihan yang lengkap untuk mencapai misi dan visinya. Tegasnya lagi, APSA yang buat masa ini beribupejabat diĀ Kuala Lumpur kini telah melebar sayapnya ke Sabah dan turut membuka sayap di Kota Kinabalu.

Beliau menyeru semua perwakilan untuk mengambil menafaat dari penubuhan APSA untuk menjadi muslimat yang benar-benar mantap bila berada di lapangan yang mencabar.