Home Muktamar PAS Ke 66 Bersama Kepada Islam Yang Sebenar

Bersama Kepada Islam Yang Sebenar

55
SHARE

 Usul Terima Kasih dan Perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS 
Bersama Kepada Islam Yang Sebenar

Kalam yang telah diterjemahkan kepada kita adalah untuk bersama dihayati bukan sekadar dengar semata-semata. Kerja-kerja selepas ini terbuka luas bagi memastikan kerajaan yang dibina bersama mampu untuk digalas mengikut amanah yang telah diberikan.

DUPP menyokong penuh di atas muafakat yang telah berlaku hari ini. Kita perlu bersama membimbing mereka kepada Islam yang sebenar, bukan hanya dalam kalangan umat Islam semata, bahkan juga mereka yang bukan Islam.

Cabaran PAS bersama rakan muafakat yang lain dalam menerajui negara adalah bagaimana hendak memastikan mereka juga mampu mengikut cara dan susur galur yang kita tetapkan serta bagaimana untuk mensyariatkan semua kementerian yang sedia ada mengikut acuan Islam.

Amanah ini terletak di tangan kita yang merupakan pendokong, bukanlah hanya tanggungjawab kementerian sahaja.

Kita menginginkan negara yg diraikan Allah SWT:

بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ
Negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun. (Surah As-Saba’, ayat 15)

Kini, peluang sudah terbuka, maka terpulanglah pada kita hari ini untuk mengadun perkara tersebut mengikut susunan yang telah disusun oleh Allah dan Rasul.

YB Ustaz Haji Khir Muntanazar bin Ismail
Perwakilan Dewan Ulama’ Pas Pusat