Home Muktamar62 Artikel Bina Keyakinan Anak Muda Terhadap Islam

Bina Keyakinan Anak Muda Terhadap Islam

108
SHARE

 

KOTA BHARU:¬†Kegagalan memahami keadaan sebenar isu yang berlaku adalah disebabkan asas keyakinan tidak dibina, demikian meurut Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sehubungan itu katanya, Pemuda PAS mempunyai peranan untuk membina keyakinan ummah terhadap dasar yang dibawa oleh PAS.

Tegasnya, manusia menjadi mulia dengan Islam dan Islam mesti dibina atas keyakinan.

“Sebab itu kita mahu kejayaan dan keadilan kita di Kelantan disampaikan. Cara ini lebih berkesan di hati kerana ada manusia yakin dengan dia melihat.

“Ada pula yang yakin dengan dia menambah ilmu. Nak beri yakin perkara berkaitan iman, malaikat, alam barzakh boleh dengan ilmu,” terangnya pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke 57, di sini hari ini.

Menurut beliau, ilmu penting untuk menambah keyakinan kepada Allah hingga sampai kepada ‘haqqul yaqin’ iaitu keyakinan sebenar dan mantap hingga melahirkan sikap dan tindakan.

Oleh itu, beliau menyeru Dewan Pemuda PAS meneruskan agenda membina generasi masa depan dengan ilmu dan tarbiyah.

Ujar Dato’ Tuan Ibrahim, anak muda hari ini sudah muak dan kecewa dengan politik di mana memerlukan para Pemuda PAS membendungnya.

Serunya, media baru mesti dimanfaatkan untuk menjelaskan kekeliruan yang berlegar dan bukannya mncipta polemik.

“Masa kita dah tak panjang. Masyarakat menilai kemelut hari ini dengan undi. Jadi kuta kena perkukuhkan jentera kita pada dua PRK ini dengan memanfaatkan kedatangan Ramadan.

“Ramadan di dalamnya banyak janji kemenangan kepada perjuangan Islam. Maka gunakan untuk dekat dan kukuhkan diri dengan Allah.

“Kita tak ada kemampuan gerakkan hati manusia, tetapi Allah yang menguasai hati manusia. Tetapi kita berusaha dan mampu capai kemenangan pada dua-dua PRK ini, insya-Allah,” ujarnya.