Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Budaya Orang Melayu, Belajar Agama Digelar Ustaz Ustazah

Budaya Orang Melayu, Belajar Agama Digelar Ustaz Ustazah

2
0
SHARE

Budaya Orang Melayu, Belajar Agama Digelar Ustaz Ustazah

Oleh : ‘Aisyaa Yamin

Kuala Terengganu, 14 Sept – Ustazah Nuridah Mohd Salleh selaku Ketua Muslimat PAS Malaysia (DMPM) ketika ditanya wartawan berkenaan isu penggunaan panggilan ustaz ustazah menyifatkan perkara tersebut sebagai budaya orang Melayu.

“Sudah jadi budaya orang Melayu, kalau belajar agama kita panggil ustaz ustazah.”

Ujarnya ketika menjelaskan berkenaan gelaran yang diberi masyarakat umum itu.

Berbeza dengan pendapat Dr Maza yang berbunyi, “Tokoh besar dunia pun takut digelar ulamak, tapi di Malaysia..?” Yang dilihat tidak mengambil kira norma masyarakat setempat.

Kenyataan Dr Maza itu timbul lantaran beliau bersetuju dengan ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, dalam satu seminar, yang memperkatakan tentang perlunya kawalan terhadap penggunaan gelaran ‘ustaz’ dengan sewenang-wenangnya.

Hakikatnya, umum mengetahui penggunaan istilah ustaz ustazah itu langsung tidak menjadi masalah lantaran kebiasaan dan budaya masyarakat setempat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here