Home Muktamar PAS Ke 64 Bukan Masa Untuk menuding Jari

Bukan Masa Untuk menuding Jari

SHARE

Oleh : Farouk Hamzah

KUALA TERENGGANU, 15 Sept : “PRU lepas tidak memihak kepada PAS khusunya di lembah pantai barat walaupun PAS telah mengemukakan calon yang terbaik. Namun pengundi tidak melihat latar calon yang dipertanding dan manifesto yang dibawa akan tetapi hanya memikirkan bagaimana untuk menjatuhkan Najib,” ujar Ustaz Zamri, perwakilan dari Selangor.

Ulasnya, PAS telah melawan persepsi Pakatan Harapan (PH) yang menawarkan pelbagai manifesto yang akhirnya tidak dapat dilaksanakan.

“Walaupun PAS kalah di Selangor, PAS tetap redha dan hati terbuka dan kini bukan masanya untuk menunding jari sesama sendiri.

“Dalam tempoh Allah SWT menangguhkan kemenangan di pantai barat, kita mestilah beristiqamah untuk kehadapan dan mengambil iktibar daripada pilihanraya yang lepas,” pesan beliau.