Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Bukit Gambang Menghijau di Pagi Hari

Bukit Gambang Menghijau di Pagi Hari

468
SHARE

Bukit Gambang Menghijau di Pagi Hari

Oleh : Amirah Abdullah

KUANTAN,15 Jun – Ahli Dewan Muslimat PAS dari seluruh Malaysia mula membanjiri Dewan Pusat Konvensyen Bukit Gambang City awal pagi ini sempena Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS kali ke-59.

Perkarangan dewan mula dimeriahkan dengan kehadiran para perwakilan, pemerhati dan petugas – petugas khas muktamar seawal jam 6.45 am walaupun aturcara program bakal bermula jam 8.00 am.

Para perwakilan hadir mewakili negeri masing – masing untuk sesi perasmian dan perbahasan muktamar.

Para petugas mula berada pada posisi masing – masing untuk memulakan tugas yang ditetapkan supaya majlis berjalan lancar.

Tema Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS kali ini ialah ‘Islam Memimpin Wanita Sejahtera’.