Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Buktikan Kasih Sayang Kepada Parti

Buktikan Kasih Sayang Kepada Parti

25
SHARE

Buktikan Kasih Sayang Kepada Parti

Oleh: Rabiatul Adawiyah

KUALA TERENGGANU, 14 Sept –┬áKerancakan Muktamar DMPM Kali ke-58 dalam slot pembentangan usul kali ini turut diselitkan kutipan derma bagi semua ahli dan pimpinan untuk khidmat guaman kes Sarawak Report.

Fitnah yang mencalarkan imej PAS dan kepimpinan parti daripada sebelum PRU ke 14 hingga kini perlu dibersihkan kembali.

Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Salamiah dalam ucapannya menyeru ahli supaya sama-sama menyumbang.

“Jika kita cinta pada ahli dan pimpinan parti, maka buktikanlah!” tegas Naib Ketua Muslimat PAS itu.