Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Cabaran Merekrut Murabbitun

Cabaran Merekrut Murabbitun

2
0
SHARE

Cabaran Merekrut Murabbitun

Oleh : ‘Aisyaa Yamin

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Hasil penelitian mendapati golongan murabbitun atau sukarelawan PAS memperuntukkan sebahagian besar masa mereka untuk aktiviti kemasyarakatan.

Demikian menurut perwakilan Muslimat Johor dalam ucapannya.

Jelasnya lagi, usaha merekrut murabbitun perlulah mengikut kemahiran yang sesuai.

Mereka yang ikhlas bekerja untuk memenangkan Islam ini telah banyak berkorban tanpa mengenal rasa jemu, penat dan kesal.

“Dalam sesebuah organisasi pasti ada pimpinan dan ahli. Tanpa pimpinan, ahli tiada arah. Tanpa ahli, pimpinan tak berarah. Kedua – duanya perlu saling melengkapi antara satu sama lain dalam usaha melaksanakan agenda parti yang tidak berpenghujung,” ujar beliau lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here