Home Muktamar PAS Ke 63 Cuaca Cerah Menghiasi Muktamar Tahunan PAS Kali ke-63

Cuaca Cerah Menghiasi Muktamar Tahunan PAS Kali ke-63

1022
SHARE

Cuaca Cerah Menghiasi Muktamar Tahunan PAS Kali ke-63

Oleh: Hanan Abdul Ghani

ALOR SETAR, 29 April – Cuaca cerah di pagi hari menghiasi hari pembukaan Muktamar Tahunan PAS kali ke-63.

Muktamar Tahunan yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah pada kali ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai gerai jualan yang terdapat di sekitar kawasan Muktamar. Antaranya ialah Expo Keusahawanan Ku-Haraki, pelbagai makanan, minuman, produk kesihatan dan kecantikan.

Antara agenda pada hari ini ialah ucapan dasar dan perasmian muktamar oleh Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan berlangsungnya perjalanan muktamar.

Muktamar pada kali ini akan berlangsung selama tiga hari dan akan melabuhkan tirainya pada hari Isnin, 01 Mei 2017.