Home Muktamar62 Artikel Cuaca Redup Di Hari Terakhir Muktamar

Cuaca Redup Di Hari Terakhir Muktamar

161
SHARE

 

KOTA BHARU, 3 Jun: Cuaca redup serta mendung mengiringi kehadiran para perwakilan dan pemerhati ke Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) di hari terakhir Muktamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kali Ke-62.

Agenda hari ini adalah ucapan penggulungan dari para pimpinan dan perwakilan Muktamar PAS Kali Ke-62 serta ucapan penangguhan Presiden PAS.

Muktamar kali ini dijangka melabuhkan tirai tengahari ini bagi memberi laluan para perwakilan dan pemerhati pulang lebih awal bagi meneruskan tumpuan kepada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak lama lagi.

Muktamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kali Ke-63 seterusnya bakal mengambil tempat di negeri Kedah yang bakal menjadi tuan rumah tahun hadapan.