Home Muktamar PAS Ke 66 Dewan Muslimat Dalami Fiqh Perubatan

Dalami Fiqh Perubatan

159
SHARE

Dalami Fiqh Perubatan

KUALA LUMPUR: Muslimat PAS mestilah menjadi agen kesihatan dengan bijak memilih makanan dan memiliki tubuh yang sihat.

Demikian penegasan dibuat perwakilan Negeri Sembilan, Puan Ummu Wardah Mohamad Mansor dalam ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) hari ini.

Memetik ucapan sama, beliau berkata kempen Muslimat PAS cintakan kesihatan mesti diambil berat.

“Bermulalah dari sekarang memilih diet yang sihat. Kesibukan bukan alasan untuk tidak menjaga kesihatan.

“Dewan Muslimat perlu menganjurkan aktiviti riadah sekurang-kurangnya sebulan sekali,” ujarnya.

Ucapannya yang bertemakan kesihatan itu turut menekankan supaya muslimat menjalani rawatan kesihatan sebagaimana seruan Rasulullah SAW, “berubatlah kerana Allah telah tetapkan ubat pada setiap penyakit.”

Selain itu, perwakilan Negeri Sembilan itu turut berpesan agar muslimat mendalami Fiqh Perubatan dan mengambil tahu info kesihatan dari sumber yang tepat.

Di akhir ucapan, beliau seterusnya menarik perhatian ahli muktamar tentang isu ibadah pesakit di hospital.