Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Dato’ Dr Norhafizah Musa, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Ilham Akifi Antara Jemputan...

Dato’ Dr Norhafizah Musa, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Ilham Akifi Antara Jemputan Muslimat Berselawat

4
0
SHARE

Dato’ Dr Norhafizah Musa, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Ilham Akifi Antara Jemputan Muslimat Berselawat

Oleh : ‘Aisyaa Yamin

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), kali ini menganjurkan Malam Muslimat Berselawat yang menampilkan ikon muslimah muda; Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.

Penampilan mereka sekaligus merasmikan kumpulan Selawat Muslimat PAS, Ilham Akifi.

Di bawah pimpinan Dato’ Dr Hafizah Musa, kumpulan itu kini giat mengikuti kelas vokal. Usaha tersebut adalah bagi mengetengahkan industri seni bercorak islami.

“Insya Allah selepas ini kami akan mempertingkatkan lagi mutu persembahan di samping menghadiri kelas vokal,” ujar salah seorang ahli kumpulan mereka.

Menariknya, kumpulan itu terdiri dari kalangan muslimat muda pelbagai negeri dan latar belakang.

Lebih mengujakan, persembahan selawat spontan oleh Ketua Dewan Muslimat Pusat, Ustazah Nuridah dihadiahkan kepada para hadirin.

Dewan Konvensyen Pusat Tamadun Islam itu dibanjiri penonton bagi turut sama menyokong usaha dakwah tersebut yang selari dengan apa yang digariskan dalam fiqh hiburan.