Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dinobat Sebagai Tokoh Perpaduan...

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dinobat Sebagai Tokoh Perpaduan Ummah

989
SHARE

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dinobat Sebagai Tokoh Perpaduan Ummah

Oleh : Amirah Abdullah

KUANTAN, 15 Jun – Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-59 menobatkan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Tokoh Perpaduan Ummah.

Beliau merupakan Mantan Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia dan memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kredibiliti Tuan Guru yang dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa serta pernah menjadi ketua perunding bagi mendamaikan krisis perang di Yaman pada tahun 2010 melayakkan beliau memperoleh anugerah khas ini.

Kebolehan beliau dalam menguasai ilmu politik antarabangsa sehingga menjadi rujukan dunia Islam serta aktif dalam gerakan Islam seawal tahun 1964 bersama PAS tidak dapat dinafikan.

Seterusnya, Tuan Guru pernah menyertai delegasi pemimpin gerakan Islam seluruh dunia yang dipengerusikan oleh Sheikh Dr. Yusof al-Qardhawi serta merupakan ahli penyelaras sekretariat parti-parti Islam sedunia yang berpusat di Istanbul sebagai bukti beliau selayaknya memperoleh anugerah ini.