Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi di Muslimat...

Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi di Muslimat Berselawat

4
SHARE

Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi di Muslimat Berselawat

Oleh : simpleshida

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Kehadiran yang di luar jangkaan menjadikan Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu ‘full house’ di malam Muslimat Berselawat sempena Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke 58.

Penonton datang dari jauh dan dekat, ibu – ibu muda membawa bersama anak – anak kecil mereka, golongan remaja belia serta kelihatan juga makcik, nenek dan mereka dari pelbagai lapisan umur turut serta hadir untuk menyaksikan persembahan selawat malam semalam.

Muslimat berselawat menampilkan personaliti popular tanahair iaitu Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa dan dua orang artis yang menjadi sebutan masa kini iaitu duo adik beradik Heliza dan Hazwani Helmi.

Pelancaran kumpulan nasyid Ilham AKIFI yang menampilkan 5 orang vokalis dan 5 orang perkusi telah memukau para hadirin dengan beberapa buah lagu nasyid yang ‘hits’ masa kini.

Antara lagu yang didendangkan Deen As Salam, Cahaya Selawat dan beberapa buah nasyid lain.

Manakala Heliza dan Hazwani menyanyikan lagu Jom Selawat, Kau Pergi Jua dan membuat aksi ‘beepbox’ yang sungguh menakjubkan dan mengujakan para penonton.

Majlis turut diserikan dengan celoteh pengacara Saudari Husna Hashim dan Maryam Saari yang menggamitkan lagi suasana dewan konsvensyen malam tadi.