Home Muktamar62 Artikel Dewan Ulamak Akan Terus Melebarkan Dakwah Di Sabah dan Sarawak

Dewan Ulamak Akan Terus Melebarkan Dakwah Di Sabah dan Sarawak

107
0
SHARE

 

KOTA BHARU, 3 Jun: Mengambil Iktibar dari keputusan PRN Sarawak baru-baru ini, DUPP akan terus menggembeling tenaga menyampaikan risalah Islam yang sebenar di bumi Sarawak dan Sabah.

Menurut ketuanya, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed semasa menyampaikan ucapan penggulungan di hari terakhir Muktamar PAS Kali ke-62, beliau akn berusaha dan akn berbincangn dengan Dewan Ulama’ PAS Sarawak terutama nyq berkenaan usaha menggerakkan dakwah secara lebih menyeluruh supaya masyarakat di Sarawak memahami Islam de segenap peringkat.

Katanya lagi, antara faktor kekalahan PAS pada PRN Sarawak baru-baru ini kerana masih ramai lagi rakyat Sarawak yang tidak memahami perjuangan melalui gerakan Islam dan sebab itu lah rakyat Sarawak perlu diberi kefahaman mengenai Gerakan Islam yang dibawa PAS untuk memerintah negara suatu hari nanti.

Diakhir ucapannya, Dr Mahfodz menyatakan PAS sudah sampai di Sarawak dan tidak akan sesekali melupakan Sabah dalam usaha adanya agama Islam di sana.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here