Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Ulamak Dewan Ulamak Kemuka Model Selesai Isu Kemelut Semasa

Dewan Ulamak Kemuka Model Selesai Isu Kemelut Semasa

24
0
SHARE
Dewan Ulamak Kemuka Model Selesai Isu Kemelut Semasa
‘Aisyaa Yamin
Kuala Terengganu, 13 September: Terlalu banyak isu yang diperbincangkan menerusi media baru menuntut para ulama untuk turut sama berkecimpung dalam bidang ini sekali gus menangani isu-isu yang timbul.
Dewan Ulamak PAS Pusat menerusi ucaptama yang disampaikan oleh Dato’ Dr Mahfodz Mohamed turut mengetengahkan solusi berkaitan beberapa isu.
Antaranya, pemilikan rumah bagi anak muda terutamanya, wang digital ‘bitcoin’ , permasalahan akhlak dan akidah yang membawa rentetan kepada pelbagai bentuk ideologi yang disifatkan sebagai ‘taghut moden’ dan kelemahan umat Islam hari ini.
“Antara asas yang boleh dilakukan oleh para ulama di negeri dan kawasan masing-masing ialah dengan menghimpunkan semua asatizah dan ini boleh dirancakkan lagi sekiranya asatizah muda dan Ulamak pelapis dilibatkan sama.
“Seterusnya, hubungan dengan al Malak juga memberi pengaruh besar khususnya bila mana kita mendekati golongan yang berbeza ideologi politik.”
Sementara  itu, di peringkat PAS Pusat juga telah adanya  pusat penyelidikan dan sebelum pilihanraya umum ke 14 lalu, PAS telah mengemukakan dokumen hijau yang membincangkan tiga perkara besar melibatkan cukai, mata wang dan pemilikan rumah yang mana hangat dibincangkan secara online mahupun offline.
Malah, katanya di peringkat Dewan Ulamak PAS Pusat sendiri adanya Institut Kajian Islam dan Strategi (iKIS) yang bersidang bagi membincangkan kajian ilmiah dan isu-isu utama negara yang memerlukan solusi.