Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Ulamak Dewan Ulamak PAS Pusat Meluluskan Usul Ta’awun Siyasi

Dewan Ulamak PAS Pusat Meluluskan Usul Ta’awun Siyasi

99
SHARE

Oleh: Asyraf Hanif

Indera Mahkota, 20 Jun – Ta’awun Siyasi dengan semua parti politik merupakan agenda hangat yang sering dibincangkan semenjak PRU 14.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Asri Mat Daud, Ta’awun Siyasi merupakan tuntutan syariat Islam bagi mengukuhkan politik umat Islam.

“Menyedari bahawa Ta’awun Siyasi adalah tuntutan syariat Islam yang diperlukan bagi mengukuhkan siasah Islam dan melebarkan ruang dakwah.” Katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa Ta’awun Siyasi merupakan asas untuk membina penyatuan ummah dalam sesebuah masyarakat dan negara.

Dewan Ulamak menggesa dua perkara di dalam usulnya iaitu Ta’awun Siyasi perlu dijadikan rujukan dan panduan di dalam strategi dan pendekatan semasa PAS dan perlu diwujudkan satu garis panduan terperinci berkenaan Ta’awun Siyasi.

“Dewan Ulamak PAS Pusat menggesa Ta’awun Siyasi menjadi rujukan dan panduan penting dalam strategi dan pendekatan semasa PAS terutamanya dalam usaha untuk meluaskan dakwah, menegakkan tuntutan syariat dan menyatu padukan ummah.

“Perlu diwujudkan satu garis panduan terperinci berkaitan Ta’awun Siyasi bagi dijadikan rujukan seragam untuk dilaksanakan di semua peringkat parti.