Home Muktamar60 Artikel Dewan Ulamak terima usul disiplin

Dewan Ulamak terima usul disiplin

126
SHARE

Dewan Ulamak telah mempersetujui usul yang dibawa oleh Dewan Ulama PAS Selangor untuk mengenakan tindakan disiplin kepada ahli-ahli yang melakukan kesalahan.

Menyedari PAS adalah jemaah Islam yang berdisiplin tinggi dan mengamalkan adab Islami, maka setiap ahli yang menyalahi adab dan disiplin jemaah mestilah diambil tindakan tegas agar tidak memperparah keadaan sekaligus merobek jantung hati masyarakat.

Beliau mengusulkan agar pimpinan PAS supaya bertindak ke atas beberapa perkara iaitu ahli yang mempertikaikan keputusan  majlis syura Ulama yang merupakan majlis tertinggi parti dan yang mengkritik kenyataan presiden parti secara terbuka di khalayak ramai melalui media sosial.

Terdapat ahli yang mendahului keputusan parti dan mencabar parti sehingga sanggup dikenakan apa-apa tindakan seperti yang dilakukan oleh dua (2) orang Ahli Dewan Negeri Selangor iaitu ADUN Hulu Klang dan Morib dalam isu Menteri Besar Selangor.

Tindakan ini jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan yang sewajarnya akan membahayakan parti kerana ia bercanggah dengan konsep wala’ serta melambatkan kemenangan Islam seperti firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 55 dan 56 :

Maksudnya, “Sesungguhnya pemimpin kamu ialah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan tunduk patuh kepada perintah Allah. sesiapa yang berwala’kan Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, maka sesungguhnya hizbullah itulah akan beroleh kemenangan.