Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Ulamak Tidak Gopoh Keluar Pandangan

Dewan Ulamak Tidak Gopoh Keluar Pandangan

4
SHARE

Oleh:  Ustaz Nik Nasri

Kuala Terengganu, 16 Sept – Dato’ Dr Mahfodz Mohammed lega dengan situasi Dewan Ulamak PAS yang kini tidak ketandusan kepimpinan pelapis.

Katanya, keahlian Dewan Ulamak PAS terdiri dari pelbagai peringkat umur, yang tua dan muda, termasuk sayap ulamak iaitu alimat dari kalangan muslimat dalam pengajian agama.

Beliau juga bersedia menerima saranan dari ucaptama Presiden supaya ulamak menjadi jurubicara menangani pelbagai isu.

Namun katanya, ulama tidak gopoh dalam mengeluarkan pandangan supaya dapat menilai dan meneliti pandangan tersebut.