Home Muktamar PAS Ke 64 DHPP Adakan Konvensyen Sempena Muktamar PAS

DHPP Adakan Konvensyen Sempena Muktamar PAS

30
0
SHARE

Oleh Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU – Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Muktamar PAS Pusat akan diadakan di sini mulai 14 hingga 16 Septembe ini termasuk Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP).

Katanya, konvensyen tersebut akan diadakan pada 14 September manakala tempatnya akan ditentukan sedikit masa lagi.

“Jumlah peserta konvensyen itu, tidaklah begitu ramai berdasarkan kepada ahlinya, ” jelas Datuk Takiyuddin ketika ditemui media di Hari Terbuka PAS Pusat dan Terengganu di Stadium Negeri Terengganu pada 8 Julai.

Semua parti-parti politik pembangkang dijemput menghadiri muktamar tersebut termasuk Gabungan Politik Sarawak (GPS) dan UMNO.

Sebagai pembangkang, katanya, PAS mengambil sikap bekerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain termasuk UMNO, GPS dan Barisan Nasional (BN) sekaligus menjemput parti-parti itu menghadiri muktamar kali ini.

“Walaupun begitu kita (PAS) tidak terikat dengan polisi parti-parti berkenaan,” tegas beliau.

Justeru itu, katanya, semua dewan-dewan termasuk Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dewan Muslimat PAS Pusat dan Dewan Ulama’ PAS Pusat akan mengadakan muktamar masing-masing di hari pertama muktamar.

Menurutnya, Dewan Ulama’ akan bersidang di Hotel Permai Inn, Dewan Pemuda di Stadium Negeri manakala Dewan Muslimat di Dewan Konvensyen Taman Tamaddun Islam (TTI) Pulau Wan Man di sini.

Katanya, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, akan menyampaikan ucapan dasar sekaligus merasmikan muktamar tersebut pada hari kedua muktamar.

Jelas beliau, PAS juga akan menjemput pemimpin-pemimpin Gerakan Islam dan Rakyat dari luar negara untuk turut sama menyertai muktamar tersebut di hari perasmian.

“Turut juga akan dijemput, dif-dif kehormat dari beberapa kedutaan supaya memeriahkan lagi muktamar di Terengganu.

“Proses jemputan itu sedang dibuat, ” tambah beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here