Home Muktamar62 Artikel DHPP Ingin Jalani Usrah

DHPP Ingin Jalani Usrah

114
SHARE

 

KOTA BHARU, 3 Jun: ‘Jika benar usrah boleh beri kefahaman kepada kita smeua, maka kami, DHPP menuntut agar PAS membuat usrah untuk kami.’ Ujar Balasubramaniam, Ketua DHPP yang menerima sorakan takbir dari para perwakilan.

Terusnya lagi, ‘Biar kami faham Islam dan beristiqomah bersama Islam hingga jika tiada sesiapa lagi mahu teruskan perjuangan Islam menerusi PAS ini, biar kami dari DHPP ini sambung perjuangan Islam ini.’

Menurut beliau lagi, usrah sebenarnya telah berjaya menyatukan perpecahan kaum sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad saw dengan hanya pembentukan kelompok kecil ini

Sebelum ini, beliau menyebut bahawa DHPP tetap yakin jika orang bukan Islam Madinah yang bersuku-suku ini boleh menerima Islam, kenapa DHPP dan orang-orang di Malaysia tidak boleh menerima Islam yang dibawa oleh PAS?.