Home Muktamar PAS Ke 63 DHPP Komited Sokong Kepimpinan Ulamak

DHPP Komited Sokong Kepimpinan Ulamak

1447
0
SHARE

DHPP Komited Sokong Kepimpinan Ulamak

Alor Setar, 1 Mei – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) diwujudkan khusus buat penyokong PAS yang bukan beragama Islam untuk berteduh di dalam PAS.

Selaku Ketua DHPP, Encik N Balasubramaniam menyatakan sokongan beliau mewakili Dewan Himpunan Penyokong PAS untuk terus bersama perjuangan PAS.

“Di dalam mendepani kesejahteraan hidup di dunia ini, maka Islamlah tempat berlindung dan berteduh dari kesengsaraan hidup yang penuh dengan unsur-unsur ketidakadilan bahkan penuh dengan kezaliman, penindasan dan penyalahgunaan wang,” ujar beliau.

Encik N Balasubramaniam menyatakan, beliau bersama Dewan Himpunan tidak akan mudah goyang dan tidak akan bersama bahtera ‘limau oren’.

“Kami merasa selamat dengan PAS, apatah lagi PAS dipimpin oleh Ulamak,” tambah beliau.

Walaupun terdapat rakan-rakan DHPP yang telah beralir arah ke bahtera ‘limau oren’, beliau tidak menganggap mereka sebagai musuh kerana beliau berpandangan, Islam tidak sekali-kali mengajar untuk bermusuhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here