Home Muktamar62 Artikel DHPP Main Peranan Penting Sampaikan Mesej PAS

DHPP Main Peranan Penting Sampaikan Mesej PAS

208
SHARE

 

KOTA BAHARU, 3 Jun – YB Dato’ Iskandar Abdul Samad menyarankan agar setiap kawasan membantu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) masinh-masing.

“Tugas DHPP sangat penting terutamanya untuk mendekati masyarakat non-muslim” ujar beliau.

Tambahan pula, bersempena dengan Pilihan raya Sungai Besar , seramai 35% pengundi adalah bukan Islam.

Inilah cabaran dan taklifan DHPP bagi merealisasikan budaya politik matang sesama mereka.

Dalam pada itu, beliau berkata DHPP bukan sekadar berperanan antara muslim dan non muslim. Malah, turut berperanan kepada muslim.

Yang Berhormat Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, “Saya menyeru agar libatkan DHPP di kawasan masing-masing dalam aktiviti-aktiviti PAS”