Home Muktamar PAS Ke 64 DHPP Perlu Diperkukuhkan Di Setiap Peringkat

DHPP Perlu Diperkukuhkan Di Setiap Peringkat

4
SHARE

Oeh: Fiqri Zurani

KUALA TERENGGANU, 16 Sept – “Semua ahli himpunan penyokong PAS perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam semua aktiviti PAS di semua peringkat,” ujar Encik Balasubramanian A/K Nachiappan dalam ucapan penggulungannya harini.

Beliau menjelaskan bahawa DHPP sedang berusaha untuk memimpin perpaduan terutamanya daripada kalangan bukan Islam dengan memberi penekanan kepada agenda membela kebajikan rakyat.

“PAS Pusat juga perlu memberikan penekanan dengan memperkukuhkan DHPP di semua peringkat. Bukankah Islam mengajar untuk memastikan organisasi ini teratur?” soal beliau.

Justeru itu, beliau mengingatkan para perwakilan untuk sentiasa ingat kepada ahli DHPP dan menjemput mereka dalam setiap program yang djanjurkan terutamanya pada program yang melibatkan kaum lain.