Home Muktamar60 Artikel DHPP Saran PAS Kekal Kestabilan Politik

DHPP Saran PAS Kekal Kestabilan Politik

111
SHARE
SKUDAI, 17 Sept – Mementingkan perpaduan kaum adalah penting dalam melahirkan masyarakat yang harmoni dan saling menghormati.
 
Kumutha Dewi A/P Raman selaku Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam ucapan penggulangan petang tadi menyeru semua Muslimat PAS dapat mewujudkan perasaan cinta akan negara.
 
Selain itu, DHPP juga menyarankan agar Muslimat PAS mengekalkan kestabilan politik dan membangunkan ekonomi Negara.
 
“Cadangan untuk memupuk perpaduan kaum ialah mengadakan gotong-royong, rumah terbuka hari raya, sukan, aktiviti kokurikulum… .” jelasnya.
 
Kumutha yang hadir sepanjang muktamar ini juga mengharapkan agar wakil DHPP dijemput sekiranya ada mesyuarat kawasan.
 
DHPP juga mencadangkan beberapa cadangan bagi penambahbaikkan dalam membantu DHPP mendekati masyarakat mewakili PAS antaranya buku perlembagaan pas buat versi bahasa Cina dan Tamil, ruang dalam akhbar Harakah untuk kolumnis dalam Bahasa Tamil, dan Kursus Perkahwinan untuk non-muslim bagi mengurangkan kadar perceraian.
 
Tambahnya, DHPP juga menganggap perjuangan mereka dalam PAS adalah perjuangan jihad dan mendapat pahala mengikut kepercayaan mereka.