Home Muktamar PAS Ke 64 DHPP Seru Ahli PAS Terus Dekati Masyarakat Bukan Islam

DHPP Seru Ahli PAS Terus Dekati Masyarakat Bukan Islam

SHARE

Oleh : ‘Aisyaa Yamin

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Cikgu Lau Chin Chua, perwakilan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menerusi ucapannya menyentuh berkenaan sensitiviti kaum Cina di Malaysia.

“Salah satu cara kita nak tarik kaum Cina adalah melalui sistem pendidikan, yang ini boleh lunakkan telinga orang Cina,” ujarnya.

Tambah beliau, sekiranya orang PAS mengiktiraf Bahasa Mandarin dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), perkara tersebut sangatlah disenangi oleh masyarakat cina.

Memetik ucapan sama, beliau turut memuji tindakan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan, YIK yang turut mengadakan kelas khas Bahasa Cina di sekolah.

Dalam pada itu, perwakilan DHPP itu juga memberi peringatan supaya pimpinan parti tidak celupar atau membuat gurauan tentang ‘hapus sekolah cina’ kerana isu tersebut cukup sensitif bagi mereka.

SHARE
Previous articleAhli PAS Diseru Tunjukkan Qudwah Hidup