Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat DMPM Beri Isyarat Jelas Fokus Agenda Tarbiyah

DMPM Beri Isyarat Jelas Fokus Agenda Tarbiyah

133
SHARE

DMPM Beri Isyarat Jelas Fokus Agenda Tarbiyah

Oleh: Ibnat Hannan

KUANTAN, 15 Jun – Dua cadangan diberikan DMPM menerusi usul yang dibawa bertajuk ‘Tarbiyah: Pindaan Perlembagaan’ diterima sebulat suara semasa Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-59 hari ini.

Selaku pembentang, Naib Ketua DMPM, Pn Salamiah Mohd Nor, telah mengusulkan agar tema tarbiah, dakwah dan siyasah dimasukkan dalam Buku Perlembagaan pada bab ke-3, fasal ke-6 iaitu usaha-usaha, dengan cadangan pindaan berbunyi ‘Melaksanakan usaha tarbiyah, dakwah dan siyasah sebagai jalur memartabat Islam di Malaysia khasnya dan di dunia amnya.’

Selain itu, DMPM turut mengusulkan Lajnah Tarbiyah dijadikan sebagai salah satu Jawatankuasa Harian di semua peringkat serta setaraf dengan kedudukan Penerangan dan Pilihanraya.

“PAS sebagai wadah perjuangan Islam yang bertunjangkan tarbiyah maka sewajibnya tarbiyah mempunyai tempat yang tinggi dan jelas dalam perlembagaan parti,” ujarnya.

Ketika sesi perbahasan, Pn Syukriah Syaari mewakili Muslimat PAS Kawasan Padang Serai menyokong usul tersebut untuk diterima agar para pejuang jemaah Islam ini seimbang sama ada aspek tarbiyah, dakwah dan siyasah.

“Segala agenda tarbiyah harus diangkat prioritinya sebagai acara parti yang wajib di semua peringkat,” tambahnya.