Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Ulamak Dr. Mahfodz : Doktrin Liberalisme Menjauhkan Umat Islam Daripada Panduan Wahyu

Dr. Mahfodz : Doktrin Liberalisme Menjauhkan Umat Islam Daripada Panduan Wahyu

100
SHARE

Oleh: Asyraf Hanif

Indera Mahkota, 20 Jun – Liberalisme menjadi satu ancaman yang cukup bahaya terhadap umat Islam di Malaysia.

Menurut Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Mahfodz Mohamed, serangan doktrin liberalisme bertujuan membebaskan umat daripada keterikatan agama.

“Serangan pemikiran seperti liberalisme  bertujuan untuk mengurai ikatan tersebut (al-Quran dan as-Sunnah) agar manusia secara bebas berfikir tanpa mempedulikan batas hukum hakam.” Katanya.

“Cabaran secara halus doktrin liberalisme ialah ke arah menghapuskan sistem hidup berpandukan agama.” Tambahnya.

Beliau juga menegaskan ancaman liberalisme bukanlah untuk menghapuskan sumber al-Quran tetapi memberi kesan kepada kurang kefahaman terhadap al-Quran.

“Ancaman liberalisme juga dilihat tidak menghapuskan sumber agama namun ianya akan membebaskan manusia dari terikat dengan tuntutan agama.

“Akhirnya, walaupun umat Islam membaca al-Quran, namun kefahaman terhadap al-Quran adalah berteraskan citarasa nafsu bukan menerusi bimbingan perbincangan para ulamak.