Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Dua Kelainan Muktamar DMPM Kali ke-58

Dua Kelainan Muktamar DMPM Kali ke-58

300
SHARE

Dua Kelainan Muktamar DMPM Kali ke-58

Oleh : ‘Aisyaa Yamin

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Ustazah Salamiah Mohd Noor semasa sesi sidang media di muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) tadi menterjemahkan dua kelainan yang dibawa oleh muslimat kali ini.

“Dua perkara kita dapat lihat pada muktamar kali ini. Pertama, kehadiran wanita UMNO sebagai pemerhati dan pengiktirafan kepada non-muslim menerusi Cik Kumutha dengan penganugerahan Anugerah Wanita Cekal.”

Dalam pada itu, ada juga pengamal media yang menyifatkan kekalahan BN pada PRU lalu membuahkan hikmah sehingga terjalinnya hubungan baik dua hala antara dua parti ini.

Walaubagaimanapun bagi Dewan Muslimat PAS, ini bukan sahaja membuka peluang untuk kita bersua dan berbincang malah, mereka dilihat seronok dan dapat melihat dengan lebih dekat perjalanan muktamar PAS.

Bukan itu sahaja, wakil DMPM juga turut dijemput untuk hadir persidangan wanita Umno akan datang.