Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Pemuda “Dulu Tun M Usul Isu Penindasan di Bosnia Kita Sokong, Jadi Sekarang...

“Dulu Tun M Usul Isu Penindasan di Bosnia Kita Sokong, Jadi Sekarang Samalah”

24
SHARE

Oleh : ‘Aisyaa Yamin

KUALA TERENGGANU, 15 Sept : Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Khalil Hadi semalam meyifatkan sokongan PAS kepada sesebuah badan adalah selagi mana ia memberi kebaikan untuk Islam.

Jelasnya, pernah suatu ketika dahulu Tun M ketika menjadi menteri ke 4 membawa usul mengenai penindasan dan kezaliman terhadap umat Islam di Bosnia (Herzogovina) dan Palestin, kita menyokong, jadi sekarang ini samalah juga.

Ucapan Ketua Pemuda PAS itu selari dengan intipati ucapan dasar Presiden PAS berkait diplomasi antarabangsa.

“Di pentas antarabangsa, PAS menyarankan agar kerajaan Malaysia lebih cermat dalam berhadapan dengan perang ekonomi di antara kuasa besar khuusnya China dan Amerika, serta bijak mengambil peluang bagi membetulkan tanggapan yang salah terhadap Islam sehingga mencetuskan Islamfobia di negara Barat.

“Langkah pandang ke Timur yang pernah dilaksanakan dahulu perlu dilakukan pembaharuan terkini, khususnya meletakkan keutamaan kerjasama serantau dari kalangan negara ASEAN, Kerjasama negara Islam (OIC) dan negara berkecuali (NAM) terlebih dahulu,” kata Tuan Guru.

Jelasnya, apa yang utama kepada PAS ialah agenda pembebasan bumi Palestin dan misi mewujudkan perdamaian di wilayah umat Islam yang bergolak seperti di Syria, Yaman, Myanmar,Selatan Thailand dan Filipina.

Dalam hal itu tegasnya, Islam memberi penyelesaian dengan mendahulukan damai dan mengambil langkah diplomasi bagi merungkai konflik dari berlarutan.