Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Ulamak DUPP Komited Jayakan Penubuhan Dewan Ulamak Kawasan

DUPP Komited Jayakan Penubuhan Dewan Ulamak Kawasan

55
SHARE

Oleh; Muhammad Faris Mohd Sam

Indera Mahkota, 20 Jun – Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Haji Mahfodz Mohamed menegaskan agar para ulamak menyusun langkah secara serius bagi menghidupkan paling minimum 25 orang yang berkelayakan bagi menjayakan penubuhan dewan ulamak kawasan.

“Sepatutnya para ulamak sudah menyusun langkah secara serius bagi menghidupkan paling minimum 25 orang yang berkelayakan sebagai ahli dewan ulamak kawasan bagi menjayakan penubuhan dewan ini”

Beliau juga menyeru agar Dewan Ulamak PAS Negeri / Wilayah  Persekutuan memantau urusan ulamak kawasan agar giat melakukan kerja – kerja menghimpunkan para asatizah bagi mencukupkan kuota penubuhan dewan tersebut.

“Sementara proses kelulusan  pindaan undang – undang tubuh diluluskan, saya menyeru agar Dewan Ulamak PAS Negeri / Wilayah Persekutuan mestilah memantau urusan ulamak kawasan agar giat melakukan kerja – kerja menghimpunkan para asatizah bagi mencukupkan kuota penubuhan dewan yang ditetapkan.”