Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Fahami Konsep Musyawarah, Demi Realisasi Usul dan Cadangan Muktamar

Fahami Konsep Musyawarah, Demi Realisasi Usul dan Cadangan Muktamar

102
SHARE

Fahami Konsep Musyawarah, Demi Realisasi Usul dan Cadangan Muktamar

Oleh : Amirah Abdullah

KUANTAN, 15 Jun – Dr. Mardhiah Hayati dalam ucapan penangguhan beliau menyeru supaya seluruh ahli Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) bersama – sama menyahut perintah Allah untuk memahami konsep musyawarah dan menerima keputusan bagi merealisasikan keputusan usul dan cadangan yang dipersetujui bersama dalam muktamar.

Beliau mengemukakan 5 perkara yang perlu dilaksanakan oleh seluruh jentera muslimat, iaitu:

1. Bersama memberikan thiqah dan wala’ yang penuh kepada barisan pimpinan DMPM yang telah terpilih melalui pemilihan muktamar
2. Bersama memperkemas dan memantapkan organisasi muslimat PAS di semua peringkat
3. Memperkasakan muslimat PAS supaya dapat membentuk 12 000 Jundullah
4. Menggiatkan agenda Islah dalam masyarakat Islam dan dakwah kepada masyarakat bukan Islam agar rahmat Islam dapat dirasai oleh semua
5. Perkukuhkan kerjasama politik dalam usaha membentuk penyatuan ummah

Di akhir ucapan, beliau memohon maaf atas kesilapan sepanjang menjadi AJK DMPM yang lepas.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan DMPM baru yang diberi mandat penuh untuk melaksanakan tugasan akan datang.