Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Gambang Mengalukan Kehadiran Muslimat

Gambang Mengalukan Kehadiran Muslimat

19
SHARE

Gambang Mengalukan Kehadiran Muslimat

Oleh :  Aisyaa Yasmin

KUANTAN- Dr Hani Ali, Setiausaha Muslimat PAS Pusat merangkap Pengarah Muktamar baru-baru ini menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir ke muktamar, para petugas dan seluruh jentera.

Turut dinyatakan ucapan terima kasih kepada presiden parti atas kesudian merasmikan program, di Bukit Gambang Resort City, semalam.

“Pihak Dewan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang, TGHH atas kesudian buat julung kalinya merasmikan Mukatamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat, DMPP”

Beliau turut menzahirkan rasa yang sama kepada semua jawatankuasa pelaksana yang bertungkus lumus menjayakan muktamar ini dengan mengorbankan masa,wang ringgit dan tenaga.

Turut dialukan, kedatangan Perwakilan Mulsimat Libaran,Sabah yang baru sahaja diluluskan penubuhannya.

Mengulas lanjut, beliau turut meletakkan harapan agar lebih banyak PAS cawangan kawasan Borneo ditubukankan usai muktamar ini.

Akhir sekali katanya semoga muktamar ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara semua sekaligus mendapat rahmat Allah dalam merealisasikan, Islam Memimpin Wanita Sejahtera.