Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Gesaan Menguasai Empat Ilmu Penting kepada Muslimat PAS

Gesaan Menguasai Empat Ilmu Penting kepada Muslimat PAS

2
0
SHARE

Gesaan Menguasai Empat Ilmu Penting kepada Muslimat PAS

Oleh : Amirah Abdullah

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Semasa sesi ucaptama penangguhan muktamar hari ini, Puan Yusnita Yusof perwakilan dari Kedah berpesan supaya ahli Muslimat PAS menguasai empat ilmu penting.

Menurut beliau, elemen ilmu yang ditekanlah ialah ilmu emosi, ilmu pengurusan ekonomi, ilmu kepimpinan dan pengetahuan berkenaan strategi pilihanraya.

Menurut beliau, wanita terbukti merupakan golongan teramai yang terlibat dalam ‘decision making’ di peringkat negara. Oleh itu, muslimat PAS perlu menguasai ilmu kepimpinan ini dengan melibatkan diri dalam pertemuan meja bulat dengan pakar profesional tanpa mengenepikan garisan panduan Islam.

Demi memperkasakan lagi kemahiran ilmu kepimpinan ini, muslimat dinasihatkan supaya membina jaringan alam maya kerana masyarakat sekarang mendapatkan maklumat hanya di hujung jari melalui jaringan ini.

Sikap rasa ekslusif organisasi juga harus dielakkan oleh muslimat PAS demi mendekati mad’u di luar sana yang sebahagiannya masih jauh daripada Islam.

Selain itu, Puan Yusnita Yusof di dalam ucapannya bertajuk ‘Wanita Muda dalam Aspek Sumbangan kepada Pembangunan Negara’ menekankan bahawa muslimat perlu bijak mendekati golongan sasaran pilihanraya PRU-15 melalui hujah elemen keempat iaitu penguasaan strategi pilihanraya.

Ulas beliau melalui elemen keempat ini, golongan sasaran yang merupakan remaja yang berumur 16 tahun boleh didekati. Golongan ini sewajarnya disantuni dan diberi pendedahan sewajarnya berkenaan organisasi dakwah dan kebajikan PAS, kerana mereka bakal menjadi pengundi pada PRU akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here