Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat “Gosip Politik” Calarkan Fungsi Media Sosial

“Gosip Politik” Calarkan Fungsi Media Sosial

90
SHARE

“Gosip Politik” Calarkan Fungsi Media Sosial

Oleh: Asmaa Yusof

KUANTAN, 15 Jun – Kegagalan media sosial bermula dengan sikap masyarakat yang mengetengahkan politik untuk dijadikan gosip dan aib serta menjatuhkan kehormatan orang lain.

Demikian ulas Perwakilan Muslimat Negeri Sembilan, Nabilah Amirah dalam ucapan penangguhannya yang bertajuk Multimedia dan Komunikasi.

Meneruskan ucapan, beliau berkata, peranan sebenar media sosial bagi melancarkan usaha dakwah dan menepis salah faham atau pendangan serong terhadap Islam mesti diperkasakan.

“Saya menyeru agar ahli PAS dan seluruh umat Islam merancakkan gerak kerja dakwah serta menggunakan media sosial sebagai alat komunikasi berkesan.

“Agama Islam mengajar umatnya untuk bertabayyun (menyelidik) terlebih dahulu sebelum sesuatu berita disebarkan,” katanya.