Home Muktamar PAS Ke 64 Hidupkan Semangat Federalisma Tanpa Mengira Parti

Hidupkan Semangat Federalisma Tanpa Mengira Parti

15
SHARE

Oleh: Asmaa Yusof

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Ucaptama Presiden PAS turut mengetengahkan penghayatan konsep federalism sebagai agenda penting negara sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Beliau berkata, kenyataan YAB Perdana Menteri untuk mengembalikan semula royalti petroleum yang tidak diberi kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu, diucapkan terima kasih dan sangat positif kepada usaha untuk menghidupkan semangat federalisma yang dilemahkan dahulu.

Tuan Guru mengharapkan agar lebih banyak ruang yang patut diberi kepada Kerajaan Negeri khususnya dalam aspek peruntukan pembangunan, kemudahan prasarana dan peluang pelaburan yang seimbang, tanpa mengira perbezaan politik.

“Kita juga perlu kepada keterbukaan untuk meminda Perlembagaan dan akta-akta peninggalan penjajah dahulu, seperti memperkasakan kedudukan Islam mengikut takrifnya yang sebenar, mengangkat hak Bumiputera dan Bahasa Kebangsaan, disamping mengukuhkan sistem tadbir urus dan keadilan sosial dalam negara,” jelasnya.