Home Muktamar PAS Ke 64 Hijau.FM Serikan Muktamar PAS Ke-64

Hijau.FM Serikan Muktamar PAS Ke-64

7
SHARE

Oleh: Syamila Najman

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Muktamar PAS Pusat ke-64 yang berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak kali ini dimeriahkan dengan sesi temubual Radio Rasmi PAS iaitu Radio Internet Hijau.FM.

Stesen radio yang berkampung di sini sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-64 itu terdiri dari beberapa Petugas yang digelar Dai’e Jamaah atau DJ Hijau.FM dari seluruh pelusuk tanah air, samada dari PAS Pusat yang berkonti di Jalan Raja Laut, ataupun Konti-Konti Hijau FM negeri seperti Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan, Pulau Pinang dan Johor.

Timbalan Pengarah Operasi, Khairul Yusri atau DJ KY bersama DJ-DJ lain iaitu DJ Iman, DJ Baz, DJ ABA, DJ Fiq, DJ MA Rahman, DJ Syamila Najman Dan Teknikal Radio, saudara Mohd Naim antara yang terlibat dalam operasi booth dan siaran langsung muktamar pada kali ini.

Hijau.FM juga turut membuat liputan beberapa ucapan pimpinan PAS berkaitan Ucapan Dasar Presiden PAS dan sesi perbahasan daripada para perwakilan dan pemerhati termasuklah Sidang Media yang disiarkan menerusi radio rasmi PAS ini.

Memeriahkan lagi muktamar, DJ-DJ Hijau.FM tidak melepaskan peluang berbual-bicara santai bersama pimpinan PAS, para perwakilan mahupun para pemerhati dan para pengunjung muktamar kali ini. Antaranya ialah Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr Rosni Adan, Ketua Majlis Guru Pasti, Ustazah Saadiah Abu Bakar dan lain-lain.

Menariknya, Kumpulan Nasyid popular, Shoutul Amal turut dibual-bicara disamping memperkenalkan album terbarunya bertajuk “Untukmu Pejuang”, Turut ditemubual juga ialah Pegawai Pemasaran Lajnah Tarbiyah PAS Pusat, Encik Ammar yang mempromosi buku-buku tarbiyah PAS iaitu Manhaj Usrah PAS Peringkat Tanfiz 1, wakil dari Yayasan Amal Malaysia, MATRADE serta beberapa wakil produk komersil yang turut sama mempamerkan produk mereka di sepanjang muktamar ini.

Lebih mengujakan Menteri Besar Terengganu, YAB Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar turut berkunjung ke booth Hijau.FM di Khemah Pameran, Stadium Tertutup, Gong Badak dan meluangkan waktu untuk ditemubual oleh DJ-DJ Hijau.FM iaitu DJ Iman dan DJ Syamila Najman.