Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Hulubalang Cilik Iring Presiden PAS Sempurnakan Gimik Perasmian M59

Hulubalang Cilik Iring Presiden PAS Sempurnakan Gimik Perasmian M59

262
SHARE

Hulubalang Cilik Iring Presiden PAS Sempurnakan Gimik Perasmian M59

Oleh: Nadiah Saari

KUANTAN, 15 Jun – Perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia yang ke-59 telah diadakan secara gilang gemilang di Pusat Konvensyen, Bukit Gambang Resort City hari ini.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan gimik kemunculan hologram logo M59 daripada palm scanner.

Majlis perasmian ternyata meriah dengan tepukan para hadirin yang turut teruja dek gimik canggih dan memukau itu.

Perasmian tersebut turut diserikan dengan aksi mencuit hati daripada anak – anak kecil yang ceria berpakaian silat dan kurung Pahang bergerak beriringan memasuki dewan.

Kanak – kanak yang terlibat dalam upacara perasmian itu adalah antara pelajar Sekolah Rendah IslamTahfiz Intergrasi Mahkota yang merupakan institusi profesional di bawah PAS.

Penampilan anak – anak kecil ini juga merupakan simbolik kepada Dewan Muslimat PAS yang menyokong generasi akan datang dalam meneruskan legasi perjuangan PAS.