Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Inspirasi Perjuangan Sahabat Dalam Perjuangan Muslimat

Inspirasi Perjuangan Sahabat Dalam Perjuangan Muslimat

194
SHARE

Inspirasi Perjuangan Sahabat Dalam Perjuangan Muslimat

Oleh : Nadiah Saari

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Sejarah perjuangan Rasulullah dan para sahabat adalah sebuah rentetan sejarah hidup yang mengandungi pelbagai pengajaran dan pedoman untuk umat Islam.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Salleh telah mengingatkan perwakilan muktamar akan kepentingan menghayati sirah para sahabat bagi membakar semangat perjuangan para muslimat PAS pada hari ini.

“Catatan sejarah dengan tinta emas sirah perjuangan para muslimat silam istiqomah sebagai manifestasi kemenangan Islam sehingga dapat kita warisi kini.

“Perlu kita sedari dalam kita berbangga dengan tokoh-tokoh muslimat istiqamah silam yang mewakafkan jiwa raga mereka mendokong perjuangan Rasulullah SAW, mereka sebenarnya tidak sempat melihat kemenangan hasil jihad dan pengorbanan mereka.”

Tambah beliau, muslimat dinasihatkan untuk tidak terikut-ikut dengan anasir-anasir luar yang bakal merosakkan imej seorang muslimat.

“Jihad mereka memberikan teladan dan membimbing kita khususnya muslimat tidak perlu kepada demonstrasi dan laungan emansipasi wanita atau gerakan feminisme seperti rakan-rakan kita di barat,” harapnya.