Home Muktamar62 Artikel Islam Bukan Agama Tempelan

Islam Bukan Agama Tempelan

114
SHARE

 

PENGKALAN CHEPA, 2 Jun: Kegagalan Kerajaan Malaysia hari ini mengamalkan sistem Islam yang sebenar didalam pentadbiran telah menyebabkan negara gagal diurus dengan baik.

Demikianlah nada yang disuarakan oleh Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptama di majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke 62 di PUTIK hari ini.

Menurutnya lagi, bukti sudah jelas apabila Islam dijadikan agama tempelan dan bukannya Al-Din yang menjadi Hidayah daripada Allah.

Menurut beliau Islam merupakan agama yang memimpin dan memandu dalam perkara prinsip, konsep pendekatan dan wawasan.

Ujar beliau lagi penerusan warisan penjajah dengan mempertahankan idealogi asing secara menyeluruh atau menegakkan Islam secara tumpangan telah menjadikan Islam tidak memerintah tetapi sebaliknya diperintah oleh kuasa idologi barat.

Tegas beliau lagi Islam pada hari ini tidak dijadikan petunjuk kepada segala urusan yang wajib diimani malah menjadikannya hanya agama ditunjuk dan menjadi telunjuk sahaja.

Ini menjadikan kita hidup dalam keadaan terumbang ambing tanpa pedoman yang nyata sebagaimana yang dikehendaki syarak.

Demikian sebahagian yang diutarakan oleh beliau dalam ucaptema tersebut.