Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Ulamak Islam Bukan “Religion” Mengikut Kefahaman Barat Tetapi Ad-Deen

Islam Bukan “Religion” Mengikut Kefahaman Barat Tetapi Ad-Deen

99
0
SHARE
ISLAM BUKAN “RELIGION”  MENGIKUT KEFAHAMAN BARAT TETAPI AD-DEEN
Oleh: Asyraf Hanif
Kuala Terengganu, 13 Sept – Tafsiran Islam sebagai ad-Deen sering kali disalah tafsirkan oleh umat Islam yang menganggap Islam itu sama seperti “Religion”.
Islam sebagai ad-Deen bukanlah seperti Religion yang ditafsirkan barat yang hanya mengehadkan agama itu hanya kepada Ibadat, tempat Ibadat, Perkahwinan dan Kematian sahaja tetapi ad-Deen merangkumi seluruh aspek kehidupan bertepatan dengan maksudnya “The way of life”.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato’ Dr. Mahfodz Mohamad menyifatkan salah faham terhadap makna ad-Deen inilah punca kepada kepincangan yang berlaku dalam kehidupan umat Islam pada hari ini.
“Kepincangan akan berlaku apabila Islam dijuzukkan iaitu dengan mengambil sebahagian yang disukai oleh nafsunya dan meninggalkan sebahagian yang lain.” Katanya dalam Ucaptama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.