Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Ulamak Islam Memimpin dan Bukannya Dipimpin

Islam Memimpin dan Bukannya Dipimpin

117
SHARE

Oleh: Asyraf Hanif

Indera Mahkota, 20 Jun – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin menegaskan di dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat supaya Islam memimpin bukanlah dipimpin.

“Keyakinan kita terhadap Islam hendaklah tidak terhenti sekadar sebagai aqidah dan ibadat sahaja, tetapi Islam mestilah dijadikan rujukan untuk semua urusan kehidupan. Pendek kata, seluruh hidup kita mestilah berpandukan Islam.” Katanya

“Kerana itu, kita mesti memastikan untuk dekad-dekad mendatang, Islam mestikan dijadikan pemimpin, bukan lagi dipimpin.” Tambah beliau lagi.

Beliau juga mengingatkan muktamirin yang hadir supaya tidak meninggalkan prinsip Islam dengan mengimbau kembali kerosakan yang berlaku di dalam PAS selepas bertahaluf siyasi di dalam Pakatan Rakyat sejak 2008.