Home Muktamar PAS Ke 66 Dewan Muslimat Islam Memimpin, Wanita Sejahtera

Islam Memimpin, Wanita Sejahtera

24
SHARE

Islam Memimpin, Wanita Sejahtera

Oleh : ‘ Aisyaa Yasmin

KUALA LUMPUR: “Islam Memimpin, Wanita Sejahtera” sekali lagi diangkat sebagai tema muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-60 tahun ini.

Dalam suasana norma baharu rentetan pandemik COVID -19, ditambah lagi dengan kedudukan PAS dalam kerajaan persekutuan kini, ahli parti digesa agar tidak melupakan pedoman Al-Quran dari Surah Al-Kahfi seperti mana ulasan tema bagi tahun ini.

Demikian isi kandungan ucaptama Ketua Muslimat, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang turut memetik kisah Raja Dzulqarnain yang memiliki kerajaan besar namun masih tetap taat dan patuh pada ajaran agama.

“Kerajaan Perikatan Nasional adalah jauh lebih kecil jika hendak dibandingkan dengan kerajaan Raja Dzulqarnain, namun kerajaannya masih tetap tunduk kepada Allah dalam setiap aspek pemerintahan.”

Ketika ucaptama itu juga, beliau menggesa para muktamirat agar tidak melupakan amanah dan tanggunggjawab untuk melaksanakan perintah Allah meskipun berada dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Katanya lagi, DMPM yakin bahawa apabila Islam dimartabatkan sebagai dasar dalam pemerintahan, kesejahteraan yang didambakan mampu dinikmati bukan sahaja oleh golongon wanita, malah seluruh anggota masyarakat.