Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Islam syarat raih kemenangan pilihan raya

Islam syarat raih kemenangan pilihan raya

3
SHARE

Oleh: NOOR SARA MASHITOH

KUANTAN: Mengharapkan kemenangan mudah untuk disebut sebaliknya persediaan untuk menghadapi kemenangan adalah perkara yang perlu difikirkan secara serius.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh sebaliknya berkata, kemenangan yang diraih dalam pilihan raya perlu meletakkan Islam di hadapan.

“Lagi pun sudah lebih 60 tahun lebih Malaysia telah dipimpin di bawah kepemimpinan yang tidak mengutamakan Islam sebagai panduan,” katanya ketika sesi penggulungan di Muktamar Tahunan PAS kali Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.

Beliau juga berharap muslimat di setiap peringkat diasuh mematuhi setiap arahan yang diberikan pemimpin.

Menurutnya juga Dewan Muslimat juga tidak dinafikan menjadi entiti penting dalam masyarakat hari ini. – HARAKAHDAILY 23/6/2019