Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Isu Menteri Jangan Ada Campur Tangan Kuasa Asing

Isu Menteri Jangan Ada Campur Tangan Kuasa Asing

126
SHARE

Isu Menteri Jangan Ada Campur Tangan Kuasa Asing

Oleh : Aisyaa Yasmin

KUANTAN, 15 Jun – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) ketika sesi temurah bersama sidang media hari ini sekali lagi menegaskan agar tidak ada campur tangan kuasa asing berhubung isu skandal luar tabii melibatkan menteri baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh wartawan berkenaan pandangan beliau berhubung isu panas tersebut semasa sesi sidang media Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) di Bukit Gambang Resort City, Pahang.

“Isu ini perlu disiasat dengan teliti melibatkan jawatankuasa agama, apa yang membimbangkan saya ialah campur tangan kuasa asing,” tegas beliau.

Mengulas lebih lanjut, beliau yang terlibat dengan perkembangan politik antarabangsa berkata politik kotor yang diratib hari ini juga merupakan salah satu ajaran dari kuasa asing.

Turut berkongsi isu yang sama, menurut salah seorang penganalisis politik, PAS tampil sebagai satu-satunya parti politik yang berusaha serius mententeramkan masyarakat yang sudah muak dengan politik kotor dan jijik sebegini.

TGHH semasa menjawab soalan wartawan tersebut turut menggesa kerajaan hari ini agar menjalankan kajian dan siasatan lebih mendalam sehingga ke akar umbi melibatkan jawatankuasa agama.