Home Muktamar61 Artikel Isu tahaluf harus rujuk Majlis Syura, tidak perlu dibahas

Isu tahaluf harus rujuk Majlis Syura, tidak perlu dibahas

138
SHARE

KUALA SELANGOR, 6 Jun – Setiausaha Agung PAS, Dato’ Haji Mustafa Ali memulakan penggulungan dengan menyentuh soal pentadbiran pengurusan parti dan hal-hal berkaitan. Melalui pengalamannya melalui 3 pemilihan, pemantauan tentang mesyuarat agung ini tidak boleh dibandingkan apa yang dialami dengan 2 muktamar yang ada pemilihan sebelum ini.

Dato’ Mustafa menjelaskan dari mesyuarat agung hingga peringkat kawasan, beliau menerima aduan dari pihak yang mengatakan ada  kecacatan.

“Saya melihat ini sebagai fenomena berkait dengan pemilihan dan kesungguhan semua peringkat dalam parti. Tiada kawasan yang berhak hadir di muktamar yang dinafikan kehadirannya.”

Menurutnya lagi, pindaan perlembagaan yang sudah menjadi draft sangat perlu dilakukan dan diperbetulkan kerana ada yang tidak disebut secara jelas yang akan mendatangkn konflik perselisihan.

Isu tok usin ceroi pula boleh merujuk kepada fasa 82 berkaitan tatatertib, dua badan sahaja yang mampu bertindak. Menyentuh isu ini ia melibatkan jawatankuasa tatatertib dan jawatankuasa pusat.

Jelasnya, jawatankuasa tatatertib tidak mempunyai jawatankuasa penyiasatan untuk membantu menyiasat. Oleh itu jawatankuasa pusat dan majlis syura telah menubuhkan jawatankuasa penyiasat, namun jawatankuasa ini dipertikaikan oleh pengadu. Tok usin ceroi telah membuat kenyataan untuk memberi penjelasan, dan PAS menunggu penjelasan itu tetapi sehingga kini tiada tindakbalas diterima. Fenomena yang berlaku ini perlu kita ambil iktibar.

Menyentuh soal tahaluf, sejarahnya ia dikemukan oleh tuan Guru Presiden ketika beliau menjadi Timbalan Presiden. Isu tahaluf harus merujuk majlis syura kerana mberkait dengan hukum hakam dan seharusnya tidak perlu dibahaskan kerana ia melibatkan majlis syura. Menurutnya lagi, setiap perkara tidak semestinya diputuskan di muktamar,jika bersangkut dengan hukum,perlu kembalikan kepada majlis syura’ sebagai rujukan.

Di akhir ucapan, beliau menasihatkan supaya saudara Mazlan Aliman tidak mengambil keputusan secara tergesa-gesa, dan memohon supaya beliau masih bersama-sama pimpinan demi menjayakan Islam yang menjadi dasar perjuangan itu.